Tuesday, August 24, 2010

DIRIWAYATKAN oleh Muadz bin Jabal RA dari Ibn Abbas RA, ia berkata..



"Kami bersama Rasululah SAW berada di rumah seorang kawan dari golongan Anshar dalam sebuah jamaah. Tiba-tiba, ada yang memanggil dari luar..
“ Ooo tuan rumah, boleh aku tumpang masuk, kerana kamu perlu padaku!"

"Kamu tahu tak siapa yang panggil itu?" Tanya Rasul pada kawannya.
"Tentu Allah dan Rasulnya lebih tahu." Jawab kawannya.
"Dia adalah Iblis terkutuk, semoga Allah laknatkannya." Jawab Rasul.
Umar bin Khattab membalas,"Ya Rasulullah, izinkan aku bunuh sahaja?"

"Sabar Umar." Bisik Rasul perlahan. "Engkau tak tahu ke, dia termasuk mereka yang ditunda kematiannya hingga waktu tertentu? Sekarang, sila buka pintu untuknya, kerana dia sedang diarahkan Allah SWT. Fahami apa yang dia kata dan dengar apa yang dia beritahu kamu."

Begitu kata Ibnu Abbas RA. Beliau terus bercerita lagi..
“Pintu dibuka, Iblispun masuk di tengah-tengah kami. Ternyata dia seorang tua bangka dan buta pula sebelah mata. Dagunya berjanggut tujuh helai, rambut panjang seperti rambut kuda. Dua kelopak matanya panjang. Kepalanya seperti kepala gajah sangat besar. Gigi taringnya panjang keluar macam taring babi. Dua bibirnya seperti bibir harimau/kerbau.

Dia (Iblis) berkata, “ Assalamu ‘alaika ya Muhammad, assalamu ‘alaikum ya jamaa’atal-muslimin ”.

Nabi SAW jawab :” Assamu lillah ya la’iin. Aku tahu kau ada keperluan pada kami. Apa yang kau mahu Iblis?"

"Ya Muhammad, aku datang bukan kerana keinginanku sendiri, tetapi aku datang kerana terpaksa.” Jawab Iblis.

Nabi SAW tanya lagi, "Terpaksa kerana apa ke sini hai yang dilaknat?"

Iblis menjawab, "Aku didatangi seorang malaikat utusan Tuhan Yang Maha Agung. Ia (Malaikat) berkata padaku, ‘Allah SWT suruh kau jumpa Muhammad SAW, dalam keadaan hina dan bersahaja sahaja. Kau beritahunya, bagaimana tipu muslihat, godaan dan putarbelit engkau terhadap Bani Adam, bagaimana engkau pujuk dan merayu mereka. Engkau kena jawab dengan jujur apa saja yang ditanyakan padamu’.

Allah SWT berfirman, "Demi kemuliaan dan keagunganKu, jika engkau berbohong sekali saja dan tidak berkata benar, niscaya Aku jadikan kamu debu yang dihempas angin lalu dan Aku puaskan musuhmu dengan bencana yang menimpamu”.

Wahai Muhammad, sekarang aku datang kepadamu sebagaimana aku diperintah. Tanyakanlah kepadaku apa yang kau inginkan. Jika (jawapan) aku tidak memuaskanmu tentang apa yang kamu tanya itu, niscaya musuhku akan puas atas musibah yang terjadi padaku. Tiada beban yang lebih berat bagiku dengan leganya musuh-musuhku, dari menimpa diriku”. (Demikian jawapan panjang dari Iblis).

"Jika kamu jujur, beritahuku, siapa yang paling kamu benci?” Rasul mula bertanya lagi.

Jawab Iblis, "Engkau.. Muhammad. Engkau adalah makhluk Allah yang paling aku benci.. Kemudian orang-orang yang mengikuti agamamu”.

Rasulullah SAW : "Siapa lagi yang kamu benci?”.

"Anak muda yang taqwa, yang serahkan jiwanya kepada Allah SWT”. Jawab Iblis.

”Lalu siapa lagi ?” Tanya Rasul.

"Orang alim dan wara aku tahu, lagi penyabar” jelas Iblis

"Lalu, siapa lagi?”, tanya Rasul.

"Orang yang terus menerus menjaga diri dalam keadaan suci dari kotoran”, jelas Iblis.

Rasulullah: "Lalu, siapa lagi?”.

”Orang miskin yang sabar, tidak cerita fakirnya kepada orang lain dan tidak mengadu keluh-kesahnya“. Kata Iblis.

Rasulullah: "Bagaimana kamu tahu dia penyabar?”.

"Muhammad.. jika ia mengadukan keluh kesahnya kepada makhluq sesamanya selama tiga hari, Tuhan tidak masukkan dirinya ke dalam golongan orang-orang yang sabar." Jelas Iblis.

Rasulullah:”Lalu, siapa lagi ?”.

Iblis: "Orang kaya bersyukur".

Rasulullah bertanya: "Bagaimana kamu tahu ia bersyukur?”.

"Jika aku lihat dia ambil dan letakkan pada tempat yang halal..”, jelas Iblis.

Rassulullah:”Bagaimana keadaanmu jika umatku kerjakan sholat ?”.

Iblis: "Aku merasa panas dan gemetar!”.

Rasulullah: "Kenapa, hai yang dilaknat?”.

"Sesungguhnya, jika seorang hamba bersujud kepada Allah dengan sekali sujud saja, maka Allah mengangkat darjatnya satu tingkat”.

Rassulullah:”Jika mereka shaum (berpuasa) ?”.

"Aku terbelenggu sampai mereka berbuka puasa”. Jelas Iblis.

Rasulullah:”Jika mereka menunaikan haji?”.

Iblis: "Aku jadi gila!”.

Rasulullah: "Jika mereka membaca Al Qur’an?".

Iblis: "Aku meleleh seperti timah meleleh di atas api”.

Rasulullah: "Jika mereka berzakat?”.

Iblis: "Seakan-akan perzakat itu mengambil gergaji/kapak dan memotongku jadi dua”.

Rasulullah: "Mengapa sampai begitu sekali, Abu Murrah?”.

Jawab Iblis, "Sesungguhnya ada empat manfaat dalam zakat itu.
Pertama, Tuhan menurunkan berkah atas hartanya. Kedua, menjadikan penzakat itu disenangi makhluq-Nya yang lain. Ketiga, menjadikan zakatnya sebagai penghalang antara dirinya dengan api neraka. Keempat, dengan zakat, Tuhan mencegah bencana dan malapetaka agar tidak menimpanya”.

Rasululla :”Apa pendapatmu tentang Abu Bakar?”.

Jawab Iblis, "Wahai Muhammad, pada zaman jahiliyah, dia tidak taat kepadaku, bagaimana dia akan taati padaku semasa Islam?”.

Rasulullah: "Apa pendapatmu tentang Umar?”.

Iblis: "Demi Tuhan, takkan aku bertemu dengannya kecuali aku lari darinya!”.

Rasulullah: "Apa pendapatmu tentang Utsman ?”.

Iblis: "Aku malu dengan orang yang malaikat saja pun malu kepadanya”.

Rujukan dari saringan..

1: Bab-II POHON SEMESTA / Pustaka Progressif / Cetakan-I/Oktober 1999. Dari Kitab Sajaratul Kaun oleh Muhyiddin Ibnu Arabi / Darul ‘Ilmi al-Munawar asy-Syamsiyah, Madinah. Translated by : Nur Mufid, Nur Fu’ad..

2: Dari Judul Asli : Syajaratul Kaun dan Hikayah Iblis. Risalah Muhyiddin Ibnu al-‘Arabi Translated By : Wasmukan, Risalah Gusti / Cetakan-II, Mei 2001

p/s- tiada hak cipta dalam ISLAM... so sila sebarkan...:)

Monday, August 23, 2010

SURAT UNTUK AYAH DAN IBU!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun.

Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. 

Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. 

Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. 

Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. 

Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). 

Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.


Puteramu,
Along @ LaNun
Kolej Mohamad Shehdi

AYAH!!!!

ayah yang pakai bju merah..dr kiri cila,mama,kaknurul,abgg is ,ayah
Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang
tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....
Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

sy mendapatkan notes ini dari seorang sahabat, dan mungkin ada baiknya jika sy berkongsinya kepada sahabat-sahabat ana yang lain.Yup, banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan Ayah / Bapak / Papi kita...tapi setidaknya kini kita mengerti apa yang tersembunyi dibalik hatinya.wallahu a'alam

tersentuh ati ak bile membaceyerrrr.......terima kasih AYAH!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages